Sunday, June 14, 2009

Disini bermula...

Assalammualaikum....

Salam perkenalan untuk semua blogger's yang menjadikan maklumat dan infomasi boleh dikongsi bersama.Ini adalah pengalaman pertama aku untuk menjadi blogger.Aku tak tahu sebelum ini apa itu blogger,media alternatif,my space atau apa saja jaringan komunikasi sosial.Namun,kita tak patut ketinggalan dalam dunia informasi yang begitu diperlukan walaupun kita buta IT.Jadi,kita kena ambil tahu akan semua ini.Biarpun ada yang baik dan buruk akan semua ini,namun kalu kita pandai menggunakannya,kita akan dapat manfaatkannya.

Di dalam blog aku ini,aku lebih berminat untuk berkongsi mengenai negaraku yang tercinta...Malaysia.Sudah 50tahun kita merdeka dan sudah begitu banyak yang diubah oleh penghuni-penghuninya jadi setiap perubahan yang aku lalui akanku ceritakan disini.Sebenarnya aku cuma ingin mengisi masa lapang yang semakin hari rasa bosan hidup keseorangan tanpa kawan-kawan yang semuanya dah pun bergelar suami.Apa guna ada lattop tapi sekadar layari internet sahaja kan?

Mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya..yamakahai itu kan?Bunyinya memang kasar ( dlm Bahasa Cina ) tp lantaklah..kalu orang boleh memelayukan bahasa Inggeris apa salah aku mencipta bahasa aku sendiri dengan maksud yang tersendiri.Yamakahai bermaksud sekumpulan orang atau rakan-rakan yang akan merempuh apa sahaja halangan yang tiba.Tak sesuai kan maksudnye?lantak ler...Oh..yer Yamakahai ini juga adalah satu nama pasukan futsal yang aku cipta..jadi kalu ada yang berhajat untuk mempertaruhkan pasukan mereka.silakan..hubungi lah aku..

Jangan lupa mari kita berkongsi cerita KU di MALAYSIA!

Salam,
Yamakahai!

1 comment:

  1. PM yakin Pas ikhlas

    KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

    Justeru, Perdana Menteri tetap dengan pendiriannya untuk mengamalkan sikap terbuka dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

    Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

    ‘‘Saya pernah menyatakan sebelum ini yang kita bersikap terbuka berhubung cadangan tersebut dan kita juga bersedia untuk mendengar dan menimbang cadangan yang dikemukakan oleh Pas mengenainya (kerajaan perpaduan),’’ katanya yang juga Presiden UMNO.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel ke 17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

    Beliau ditanya pandangan serta komitmennya sebagai Perdana Menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan selepas ia mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya pembangkang.

    Najib ketika memberi reaksi sebaik sahaja tamat Muktamar Pas ke-55 baru-baru ini menyatakan sikap keterbukaannya terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas itu.

    Sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi kerana mengemukakan konsep itu, Najib berkata, beliau bagaimanapun belum mempunyai kefahaman yang jelas mengenainya.

    Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

    Najib ketika mengulas lanjut turut menyifatkan cadangan itu sebagai titik permulaan dalam usaha menemukan antara parti pemerintah dan Pas.

    ‘‘Ini merupakan satu titik permulaan. Untuk itu, kita perlu risik-risik dahulu. Seperti orang hendak berkahwin kita perlu merisik, jadi atau tidak jadi, hanya takdir sahaja yang dapat menentukan,’’ katanya.

    Dalam pada itu, beliau berkata, kedua-dua belah pihak boleh mengadakan perbincangan iaitu dengan berasaskan kepada sikap keterbukaannya terhadap cadangan berkenaan.

    ‘‘Seperti mana saya nyatakan kita berfikiran terbuka dan kita boleh tengok apakah bentuk kerjasama yang sesuai dan selepas itu, kita boleh bincang. Tidak ada masalah,’’ jelasnya.

    Sementara itu, ditanya kekecohan yang berlaku selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Rakyat semalam, Najib hanya berkata: ‘‘Biasalah, itu dia sengaja nak buat.’’

    ReplyDelete