Friday, June 19, 2009

Barclays Fantasy Football KLIA League 2008/2009

Gambar : Semua Team Manager yang mengambil bahagian dalam Liga.Dari kiri : En.Syafri,En.Zaidi,En.Shamzaili,En.Azari,En.Nazir,En.Roslan,En.Sham bersama hadiah wang tunai dan produk sukan nike.Hadiah adalah hasil yuran pasukan serta sumbangan dari wakil rakyat yang tidak mahu namanya disiarkan.( yang pasti bukan wakil rakyat dari BN )


Gambar : Juara;En.Nazir diapit oleh Naib Juara;En.Roslan(kanan)dan Ke3 En.Shamzaili(kiri)

Gambar : Juara Liga menyampaikan saguhati kepada Timb.Presiden Kelab Kakitangan Car Rental

Gambar : Juara yang Pertama dan tak sepatutnya dia menang, EN.Nazir dari Rental FC dengan wajah sombong dan berlagak menerima hadiah wang tunai RM1500 dan hadiah produk sukan Nike bernilai lebih RM850.Tiada apa yang boleh dikomen kerana rayuan untuk membatalkan pengishtiharan kemenangannya ditolak di makhamah atas sebab konspirasi politik.Akhir kata dari pasukan yang lain..."langit tidak selalunya cerah"
Gambar : Perjalanan Team Manager dari Sick of All It Fc,En.Roslan ini amat dramatik sekali apabila sering memduduki tangga tercorot serta sering digelakkan begini..hahahahaha. Beliau adalah pasukan yang tidak pernah memenangi hadiah mingguan namun bangkit dengan semangat pasukan kesayangan Man U nyer serta mungkin rezeki nak kawin beliau berjaya memintas yang lain dan terus ke tangga ke 2 keseluruhan dengan membawa wang kemenangan RM1000.Tahniah!


Gambar : Team Manager, Sepam Dua FC,En.Shamzaili dengan gaya tersendiri apabila masih tidak mahu meninggalkan benda yang sepam dua kat mulutnya tu...hish..hish..**(rokok dilarang dalam mana2 tajaan bola ler).Beliau mendapat tempat ke 3 apabila di saat akhir membuat pertukaran drastik kerana kerana berangan2 konon boleh jadi juara..hah ambik ubat tempat ke3 bro..cuba lagi tahun depan!
















Gambar : Presiden Liga yang juga Team Manager Yamakahai FC,En.Azari menerima hadiah yang disumbangkan sendiri dari En.Zul, Timb.Presiden Kelab Kakitangan Car Rental KLIA.En.Azari juga berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presiden untuk musim hadapan tanpa ditentang oleh calon-calon lain.Beliau telah menjalankan tanggungjawab yang amat cemerlang dalam penganjuran Liga kali ini.Tahniah En.Azari!






Gambar : Wajah tak puashati Team Manager, Street Warrior FC,En.Syafri yang selama ini berangan-angan untuk mendapat kedudukan 3 terbaik.Akhirnya hanya tempat ke 5 namun beliau adalah pemenang terbanyak mingguan serta pemenang jackpot yang mana telah membayar balik modal pelaburan dalam liga. Beliau suka membeli dan memberi peluang pemain kurang ternama beraksi dalam pasukan.







Gambar : En.Zaidi,Manager Team Synergy FC dengan wajah yang redha(alaa...cover ler tu sbnye hampa gak,tapi nak cover wajah ulamak..senyum jer la..) apabila mendapat kedudukan ke 5.Cubo laie yo pakcik!








Gambar : Pemenang tempat ke 7 Sham,Pengurus Team UnderGround FC.Pasukannya gagal melepasi mata yg disyaratkan walaupun selalu menjadi penasihat(nyibuk sebenarnye)pada pasukan-pasukan lain dalam mengatur strategi dan pemilihan pemain.Teamnya akan diturunkan ke divisyen dua musim depan namun rayuan masih dibuka.






No comments:

Post a Comment