Tuesday, October 11, 2011

Allah mendengar rayuan umatnya...

Assalammualaikum....

Salam sejahtera buat semua semoga Allah mencucuri rahmat serta hidayah pada kita semua. Dah dekat 2 bulan aku datang ke KLIA utk cari makan. Mula2 dulu datang ke KLIA ingat nak join kawan buat business sama2 tapi mungkin rezeki aku bukan kat situ. Ada hidayah dan sebabnya. Masalah datang dan pergi tapi macam mana kita nak atasi itu perlu difikirkan.

Kali ni bukan aku nak citer apa masalah yang aku hadapi semasa nak join business dgn kawan baik aku ini..tapi aku nak kongsi cerita bagaimana Allah itu mendengar setiap doa kita. Anggaplah segala masalah adalah ujian daripada Allah. Masa aku datang balik ke KLIA,Alhamdulillah business dan sales memang meletop2,al maklum ler nak dekat raya ramai orang Malaysia balik nak beraya nak pakai kereta. Ya Allah memang mencurah2 rezeki masuk,hari2 ada saja duit dapat. selepas sebulan ada masalah. Pendek kata aku tarik diri dari partnership ni. Gaji bulan terus tak ada lepas tu. Bayangkan macam mana nak hidup. Minyak kereta nak bayar,nak makan lagi itu belum pikir bayaran bulanan untuk benda2 lain. Dengan siapa kita nak minta duit. Nak pinjam dari orang itu dah kira berhutang,nanti tak bayar mati belum aman dalam kubur. Masa tu memang aku buntu sangat2,mana nak cari duit nak makan. Nak balik jumpa mak bapak pun segan pasal duit tak ada. Tahu jer lah lepas raya ni duit habis. nak pergi beraya rumah kawan2,saudara mara pun malu sebab biasa kurang2 RM5 mesti ada ang pau siap untuk anak2 mereka. Aku terus buntu macam mana nak cari duit. Satu hari aku terpandang Al Quran yang aku bawa sekali dari rumah aku ke rumah sewa aku ni. Dah lama aku tak baca Al Quran ni. Setiap kali aku baca Al Quran ni adalah selepas solat Maghrib atau Subuh. Dah lama tak baca bermakna dah lama la tak solat. Aku ingat lepas aku melalui zaman kejatuhan dari kemewahan dulu aku tak tinggal solat sebab solat sahaja yang dapat menenangkan jiwa.

Bukanlah aku nak menunjuk nunjuk ibadah yang aku buat tapi aku hanya nak berkongsi 'keajaiban' yang berlaku apabila kita ingat Allah ketika kita hadapi masalah. Dalam 2 minggu lepas raya aku terus tak ada duit. Nak makan pun tak ada duit. Jadi aku minta dengan Allah. Minta dengan Allah tak cukup dengan berdoa. Allah tak layan 'sms2' kita tu...kalau kita nak jumpa menteri nak minta bantuan pun kita kena ambil cuti buat appointment lagi,tak cukup ajer dengan surat rayuan. Tapi dengan Allah untuk berhubung dengan Allah adalah melalui solat. ketika solat, kita berdoa pada Allah minta apa sahaja yang kita hajati tetapi hendaklah kita yakin dan terus meminta kerana bukan mudah untuk Allah cop 'approve' pada application letter kita tu. Selepas ibadah itu dijaga,aku datang ke KLIA,tempat aku mencari rezeki. Memang ada orang2 yang kurang senang. Tapi aku yakin rezeki itu Allah turunkan untuk semua umatnya dan haruslah dikongsi bersama. Alhamdulillah,aku tak tahu dari mana sumber tiba2 rezeki datang mencurah2. Masa tu rasa nak balik KL jer jumpa mak nak hantar duit. MasyaAllah dasyat sungguh kuasa Allah. Yakin. Allah pernah berfirman bahawa doa orang teraniaya selalu makbul tapi aku yakin ini semua kerana ibadah yang dijaga.

Jadi, kesimpulan disini..usaha yang bersungguh-sungguh,kerja kuat sahaja tidak cukup..tapi ibadah terutama solat perlu lah dijaga. Kerana Allah sentiasa mendengar,kerana Allah Maha Berkuasa. Kita kaya bukan kerana kita hebat,kita bijak bukan kerana kita ke universiti...tetapi kita ditakdirkan jadi seseorang adalah kerana takdir Allah. Jangan pernah engeluh kenapa kita jadi macam ni macam tu. Kalau kita fikri kita ini kaya,fikirlah ada orang yang lebih kaya dari kita. Kalau kita fikir kita susah ada orang yang lagi susah dari kita. Bersyukur dan redha akan apa yang kita perolehi kerana Allah dah tentukan had2 untuk kita. setiap masalah yang kita dapat datangnya dari Allah kerana Allah ingin menguji kita sejauh mana kita mengingatiNya. Jangan berhenti mengharap dari Allah kerana Allah tidak pernah membezakan umat2nya. Mungkin kita tidak kaya di dunia tetapi kita terlepas dari azab akhirat kelak dan kaya di syurga Allah. Sekali lagi diingatkan,bukan lah aku nak jadi ustaz atau menunjuk nunjuk tetapi ambillah secara positif kata2 aku ini. Andai kata satu hari nanti aku hanyut kembali,sebutkanlah kata2 yang aku tuliskan ni semula agar menjadi peringatan pada diri ku. Ingat sebesar mana dosa yang kita lakukan, Allah sentiasa ampunkan. Lebih besar dosa kita lakukan lebih besar pengampunan yang Allah sediakan untuk kita.

Wasalam....

Sunday, September 25, 2011

Kembali ke KLIA

Aku menulis ni dari papan kekunci iPhone aku yang masih setia bersama...iPhone ni aku beli masa aku kerja di KLIA beberapa tahun lepas.23hb June 2009 hari aku tinggalkan semua kenangan di KLIA.Kini selepas hampir 2 tahun aku kembali ke KLIA.Banyak betul yabg berubah.Ya,muka bumi KLIA sama sekali tidak pernah berubah..tapi warganya,sudah ada perubahan.Aku pernah berkata bahawa aku tidak mungkin kembali ke KLIA,nyata sekali aku silap.Sebenarnya aku dah ditakdirkan dan ianya mungkin sudah ditulis yang KLIA adalah tempat untuk aku menghabiskan sisa hidup aku.Sisa hidup untuk meneruskan hidup.Banyak yang aku belajar selama 2 tahun aku meninggalkan KLIA.Biarlah ianya menjadi pelajaran yang cukup berguna untuk aku meneruskan hidup dengan lebih kuat dan bersedia dengan segala cabaran dan rintangan yang hebat.Kepulangan aku ke KLIA mungkin tidak disenangi oleh segelintir atau lebih tepat ada yang memandang rendah seperti pulangnya seorang banduan kepangkuan masyarakat.Dosa aku adalah dosa aku,dari dosa ini mengingatkan agar yang lain melakukan "dosa" ini.Tiada seorang pun yang nak rasa kesusahan serta kejatuhan di dalam hidup mereka.Tetapi kejatuhan,kesusahan yang kita peroleh hari ini adalah peringatan dan pelajaran yang amat berharga diberikan pada kita.Disaat inilah kita merasakan bahawa Allah itu dekat dan sayang akan kita,atau aku lebih tepat lagi.Aku tak perlu bercakap mengenai mereka yang sudah berubah kerana kita manusia biasa yang punya hati dan hati ini bisa buat kita berubah.Ini kisah aku,aku yang berubah bukan orang lain.Namun,aku bersyukur masih ada tempat walaupun ianya di bawah basement parking yang panas tapi sekurang-kurangnya aku tidak dihalau ibarat anjing kurap oleh rakan-rakan aku di KLIA.Sungguh mulia hati mereka.Allah sahaja yang tahu betapa aku bersyukur.Aku kembali di KLIA pada 28hb Julai 2011.Tidak semua yang gembira atau menyambut sirih pulang.Aku ibarat dagang pak malau yang dagangnya merempat di tempat orang.Namun,berilah aku ruang untuk berkongsi merasai rezeki yang Allah taburkan di muka buminya ini.Rezeki ini untuk dikongsi bersama.Hari ini hari aku berada di tapak kaki anda tetapi besok kita tifak tahu di mana kita akan berada pula.Aku cuma ingin teruskan hidup kerana mati belum mahu menjemputku,belum Allah kehendaki.Selagi ianya belum menjemput aku selagi itu aku harus teruskan hidup aku.Sama-sama kita nikmati kurniaan Allah ini.

Monday, July 27, 2009

Manchester United 2009/2010

Battle is begin.........
EPL untuk musim akan datang bakal bermula apabila semua pasukan dan membuat pembelian pemain serta membuat beberapa perlawanan pra musim.Tak ketinggalan pasukan kesayangan ramai Manchester United.Satu pasukan paling hebat dalam sukan bola sepak.Di Malaysia,pasukan ini ternyata menjadi pilihan utama bagi peminat bola sepak di Malaysia termasuk aku.Dulu aku tak berapa amik kisah sangat pasal EPL cuma memang meminati dan mengetahui serba sedikit mengenainya sebab abang2 aku semua kaki bola.Aku lebih kenal EPL dan liga-liga lain bila mula pasang ASTRO di rumah pada tahun 1998 masa tu siaran bola belum banyak sangat.Masa tu kita masih lagi dapat tengok bola dari siaran TV3 dan TV kerajaan.
Pengetahuan pasal bola menjadi lebih mendalam bila get involved dengan futsal dan kawan kebetulan kawan serumah dan kawan baik juga peminat MU.Masa ni dah kerja,duit pun dah ada lagi giler lah berbelanja untuk MU.Dulu nak jersi pun abang yang belikan itupun jersi siam mari..hehehe.Bila dengar MU nak datang lagi memang excited giler sebab masa tu nak tengok sangat rupa,fizikal Ronaldo..dulu masa 8 tahun lepas diorang datang excited nak tgk Beckham.So sebab dah excited tu pun aku beli lah tiket yang paling mahal dengan harapan dapat tengok dengan dekat diorang ni.Bukan sahaja Ronaldo,malah satu team tu aku nak tgk sebab team yang ada adalah satu generasi pemain MU yang baru.Lain dari 8 tahun dulu kecuali Giggs dan kuda2 tua yang masih hebat tu.You know who..?
So aku ada attach beberapa keping gambar masa aku pergi tonton training dan games MU vs Malaysia XI.Ini lah sudut pandangan tiket yang berharga RM308 yang aku rasa mula2 tak berbaloi sebab Ronaldo dah takde tapi apabila tengok pada games dan crowd yang datang memang puas hati sebab rasa macam kat Old Trafford tu.Tiket2 grandstand sudah dikhaskan kepada kerabat2 (you know who)yang tak tahu pasal bola,datang stadium pun siap pakai macam nak pergi dinner masing2..bukan sikit satu rombongan istana turun.Dah lah tu tgk free,datang sekadar nak glamour aje.Ni yang susah sistem beraja ni.What to do..we have a lot of royal family in malaysia.Anyway ampun tuanku...








Match Day 18th July 2009 @ Saturday @ 1730 hrs




Man United here i come!









Roslan and his lovely wife,Faezah.So no fight in football both are in one team.





Roslan,his wife and brother in law also big fans of MU.











One of diehard fans,Shamzaili also brought RM308 seat...poor we have same viem..huhuhu..




















The show will begin.........fasting your seat belt!























Players are leaving the field..it was a great performance ever from both team,congrats to Malaysia team.The the real Malaysian spirit.Keep up the good work!

























Monday, June 22, 2009

Selamat Tinggal ORIX dan KLIA..........


Buat staff-staff ORIX di KLHQ, berbanyak-banyak terima kasih atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan terutama kepada para star-star orix iaitu driver-driver yang sebenarnya menjadi nadi utama ORIX.Tanpa korang every arrangement or assignment will not successful.I miss so much a little time i spent with you guys.Selama ini aku tak pernah mengalami walaupun sedikit masalah dengan kualiti kerja korang..korang deliver all task given dengan baik dan aku amat berbangga bekerja dengan korang semua.Buat Anis,our personel assistance, terima kasih lah selama ini sabar melayan kerenah aku minta macam-macam.Walau sesibuk mana pun ko tetap layan segala permintaan dan pertanyaan. No more informer la lepas ni kalu gaji kita dah masuk ke belum..kena check sendiri la yer.Buat Isa,Kak Jar,Tze May,Evelyn as our sales and marketing support thanks for your cooperation. Sorry kalu ada terkasar bahasa. For account department,walaupun jarang berhubung tapi you deliver a good cooperation with me.For my boss2,thanks for giving chance working at ORIX.


Gambar : This is the best line up for one successful team! From left : Syafri,NAzir,Fairul,Kumar,Nordin and ME.


Buat staff ORIX@KLIA, I'm so sorry if I have done so much mistake. Pengalaman kerja yang cukup terbaik wok! ada di orix klia ajer.
Syafri :- stop blur2 tu...learn more not just at one level aje.For your good maa...jangan lak tanya kenapa yek?x dapek den nak jawab.Biar orang lain tak nampak kerja yang baik kita buat tapi janji kita dah buat apa yang sepatutnya.
Nazir :- Even you are do it MAB works tapi ambil tahu juga kerja-kerja di office tu.Anyway so far you did a good job!Well take care of your 'staff' like Ah Seng,Ah Meng,Ah Kau..dah IPIN..hehehe...Not much comment,you and Syafri is hardworking staff, both have a respect to me esspecially even I'm more younger and junior to you guys.Now,you have give that respect to others 2 Marketing Executive tak kira lah cap apa pun..they still your superior even he is your best buddies.
Fairul:-aku minta maaf kalau selama kita kerja berdua ni ada kerja-kerja aku yang tak lengkap,tercicir booking ker dan enquiry email tak terbalas ker. No one can doubt you as good sales person but sometimes ada paperworks and reports tak lengkap la bro,enquiry tak balas la tapi aku tak kisah balas on behalf sebab kalu aku tak balas siapa lagi nak balas but anyway not fair right?Whatever pun no doubt you are still best colleague to work for.
Mr.Kumar :-U are good leader but you can be a best leader if you can listen critics and little bit open minded. Everyone know, you love and take care of your staff. You will suffer for your staff if u have but some staff feel the love is for certain staff..or to the choosen one or golden boy maybe?For me averyone working at ORIX KLIA is giving their 100% heart and love to our outlets. It is not wrong to be become a good friend or closer to staff but we have to know the limits and control our power. Try to ask their opinion before giving the task. Communicate more.Anyway, I appriciated what have you done and teach me as long i'm attach with ORIX KLIA. Thanks BOSS.
Nordin:- My partner...ermm....Abang Nordin.So lepas ini abang din akan kerja dengan partner baru lah pulak. Janganlah samakan saya dengan partner baru ini,mungkin partner baru nanti lebih baik dari saya. Selama kerja berdua ni saya nak minta maaf kalu ada tertengking ker.Kurangkan kekerapan meghilangkan diri tu.Pergi mana bagitau jaer kat mana,tak payah berdolak dalih..yang penting your partner nak tahu sahaja kat mana. Hope dapat partner yang lebih dan jauh lagi baik dari saya.
Salizah:- Sorry kalu ada tertengking samapai buat ko nangis ker.Kurangkan cerita-cerita pasal rumah tangga orang tu..awak pun ada rumahtangga sendiri. So far i have bo problem with your works and keep up good works.













09hb Jun 2004 - 22 Jun 2009.....perjalanan selama 5 tahun di ORIX dan KLIA. Itulah masa yang banyak memberi pengalaman yang berguna dalam hidup aku. Walaupun kerja sebagai Sales Corrdinator bukanlah satu kerjaya yang hebat seperti doktor,peguam atau profesional-profesional yang lain tapi ianya boleh dibanggakan dalam class yang tersendiri. Selama 5 tahun di KLIA terutamanya, meniggalkan sejuta kenangan manis berbanding kenangan pahit. Aku masih ingat pertama kali aku datang ke KLIA,masa tu rakan sekerja aku dikelilingi

dengan 'abang-abang' dan 'pakcik-pakcik' dan rasa macam kerja kerajaan lak. Aku langsung tak campur orang. Masa tu aku terfikir apakah kerja yang aku pilih ini adalah pilihan terakhir seseorang atau kerja untuk melengkapkan hari tua. Bayangkan sebelum ini kerja di KL yang aku buat semuanya berjiwa orang muda dari segi pergaulan,sosial life,kawan dan sekeliling. Aku tak fikirkan itu lagi sebab aku memang nak lari jauh dari kerja di tengah KL yang dah sesak itu. Nak tak nak kerja aje la sebab tengah takde kerja masa tu. Redah jer...Bila masuk tahun kedua baru lah seronok bila orang-orang muda dah join...baru lah feel kerja tu datang. Buat orang-orang di KLIA aku nak ucapkan thanks a lots for making a fantastic working envoirenment...best giler la. Hope you guys will miss me la..( ada ker ) hehehe...lepas ni dah takde la orang yang nak menganjur itu ini...acara majlis hari raya yang tiap-tiap tahun mengeratkan dan merapatkan kita tak semestinya berkubur tanpa aku,ianya perlu diadakan kerana bukan makan yang penting tetapi majlis itu diwujudkan oleh aku dan diilhamkan oleh Zul adalah untuk merapatkan kita supaya kita jadi bukan sekadar rakan sekerja tetapi seperti sebuah keluarga. Ini ada sedikit ucapan untuk rakan-rakan di KLIA :


Buat staff HAWK..abang Die a.k.a Eddie,Lan Blue,Nazib Subal..yang kadang-kadang korang hidup dengan dunia HAWK korang aku ucap selamat berbahagia dengan dunia korang.


Buat staff PRAC..Lan Che Kar,aku minta maaf selama ni gurau-gurau,kutuk-kutuk,berdebat pasal politik tu cuma nak mengisi masa lapang jer..anyway UMNO suck!.Suzaimi..sorry la bro x dapek nak golak-golak kek kaunter laie..nak boli hp ckp yor.Harry..semoga bahagia bersama wife lu,sorry kalu ada terkutuk.Abang Zainal..sorry la bang x dapek nak jadi anak menantu yang baik..kojo dah xdo..hehehe..terima kasih bang for everything.Roslan and Zul,there is special thanks for you I can't said in words..you guy such a best buddies for me.


Buat staff AVIS,HERTZ,KASINA,MAYFLOWER,DYNA,ESTERN...walaupun tak berapa rapat but you are exist guys!

Friday, June 19, 2009

Barclays Fantasy Football KLIA League 2008/2009

Gambar : Semua Team Manager yang mengambil bahagian dalam Liga.Dari kiri : En.Syafri,En.Zaidi,En.Shamzaili,En.Azari,En.Nazir,En.Roslan,En.Sham bersama hadiah wang tunai dan produk sukan nike.Hadiah adalah hasil yuran pasukan serta sumbangan dari wakil rakyat yang tidak mahu namanya disiarkan.( yang pasti bukan wakil rakyat dari BN )


Gambar : Juara;En.Nazir diapit oleh Naib Juara;En.Roslan(kanan)dan Ke3 En.Shamzaili(kiri)

Gambar : Juara Liga menyampaikan saguhati kepada Timb.Presiden Kelab Kakitangan Car Rental

Gambar : Juara yang Pertama dan tak sepatutnya dia menang, EN.Nazir dari Rental FC dengan wajah sombong dan berlagak menerima hadiah wang tunai RM1500 dan hadiah produk sukan Nike bernilai lebih RM850.Tiada apa yang boleh dikomen kerana rayuan untuk membatalkan pengishtiharan kemenangannya ditolak di makhamah atas sebab konspirasi politik.Akhir kata dari pasukan yang lain..."langit tidak selalunya cerah"
Gambar : Perjalanan Team Manager dari Sick of All It Fc,En.Roslan ini amat dramatik sekali apabila sering memduduki tangga tercorot serta sering digelakkan begini..hahahahaha. Beliau adalah pasukan yang tidak pernah memenangi hadiah mingguan namun bangkit dengan semangat pasukan kesayangan Man U nyer serta mungkin rezeki nak kawin beliau berjaya memintas yang lain dan terus ke tangga ke 2 keseluruhan dengan membawa wang kemenangan RM1000.Tahniah!


Gambar : Team Manager, Sepam Dua FC,En.Shamzaili dengan gaya tersendiri apabila masih tidak mahu meninggalkan benda yang sepam dua kat mulutnya tu...hish..hish..**(rokok dilarang dalam mana2 tajaan bola ler).Beliau mendapat tempat ke 3 apabila di saat akhir membuat pertukaran drastik kerana kerana berangan2 konon boleh jadi juara..hah ambik ubat tempat ke3 bro..cuba lagi tahun depan!
















Gambar : Presiden Liga yang juga Team Manager Yamakahai FC,En.Azari menerima hadiah yang disumbangkan sendiri dari En.Zul, Timb.Presiden Kelab Kakitangan Car Rental KLIA.En.Azari juga berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presiden untuk musim hadapan tanpa ditentang oleh calon-calon lain.Beliau telah menjalankan tanggungjawab yang amat cemerlang dalam penganjuran Liga kali ini.Tahniah En.Azari!






Gambar : Wajah tak puashati Team Manager, Street Warrior FC,En.Syafri yang selama ini berangan-angan untuk mendapat kedudukan 3 terbaik.Akhirnya hanya tempat ke 5 namun beliau adalah pemenang terbanyak mingguan serta pemenang jackpot yang mana telah membayar balik modal pelaburan dalam liga. Beliau suka membeli dan memberi peluang pemain kurang ternama beraksi dalam pasukan.







Gambar : En.Zaidi,Manager Team Synergy FC dengan wajah yang redha(alaa...cover ler tu sbnye hampa gak,tapi nak cover wajah ulamak..senyum jer la..) apabila mendapat kedudukan ke 5.Cubo laie yo pakcik!








Gambar : Pemenang tempat ke 7 Sham,Pengurus Team UnderGround FC.Pasukannya gagal melepasi mata yg disyaratkan walaupun selalu menjadi penasihat(nyibuk sebenarnye)pada pasukan-pasukan lain dalam mengatur strategi dan pemilihan pemain.Teamnya akan diturunkan ke divisyen dua musim depan namun rayuan masih dibuka.






Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Cristiano Roslan yang selamat diijabkabul pada 06 June 2009 di Teluk Intan.Penyerang utama Yamakahai United yang diberi cuti kahwin selama sebulan telah memilih Cik Faezah binti Ahmad Zaini sebagai suri dalam hati. Beliau juga mengundang semua pemain-pemain Yamakahai Untited serta rakan taulan yang mengenalinya ke majlis bertandang yang diadakan pada 21 June 09 di Taman Rasa Utama,Rasa,Selangor Darul Ehsan.
SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT,TERUSKAN KESETIAAN PADA PASUKAN DAN SUKAN BOLA SEPAK WALAUPUN SUDAH BERGELAR SUAMI!
Ikhlas,
Yamakahai United.

Yamakahai vs Kg.Selamat FC Part 2

Venue : Score Arena, Kuchai Lama
Date : 17th June 2009
Time :2100 hrs to 2200 hrs

Saksikanlah aksi-aksi yang sempat dirakamkan. Keputusan utk perlawanan kedua kali ini berakhir dengan seri lagi 9-9.

Gambar : Barisan Pemain Kg.Selamat FC
Gambar : Berdiri Dari Kiri : Fairul Heize,Sham Lampard,Ayie Ferguson(Manager),Mohi Gallas(Tactical Director)Sharul Puyol,Nazir Carlvalho(Asst.Mananger),Riduan Alonso,Wayne Hafiz
Duduk dari kiri: Anaz Torres,Brown Faizal,Abe Van Persie,Irrewan Arshavin,Kam Tevez

Gambar : Selesai sudah perlawanan,fairplay..say no to racism!

Gambar : Penyerang Anaz Torres,Pertahanan Fairul Heinze,Faisal Brown menyaksikan rakan seperjuangan bermatian mendapatkan gol







Gambar : Pengurus Ayie Ferguson berbincang dengan Sharul Puyol,nampaknya kurang berpuas hati dengan pertahanan yg agak kucar kacir di pertengahan perlawanan.Mungkin memasukkan Sharul Puyol kembali?







Gambar : Wayne Hafiz ( No.7 berdiri kanan)dan Anaz Torres menyaksikan gelagat Fairul Heize yang kecewa kerana direhatkan sementara. Baju putih,Sham Lampard direhatkan kerana baru balik memancing dgn rakan2 di Taman Negara.





Gambar : Penolong Pengurus,Nazir Carlvalho ( baju hitam ) bersama Pengarah Taktikal,Mohi Gallas.Mereka direhatkan kerana terlalu berusia untuk beraksi.







Gambar :Pemain pertahanan Yamakahai,Sharul Puyol(82) bergambar bersama pertahanan lawan Wan Hassan