Sunday, September 25, 2011

Kembali ke KLIA

Aku menulis ni dari papan kekunci iPhone aku yang masih setia bersama...iPhone ni aku beli masa aku kerja di KLIA beberapa tahun lepas.23hb June 2009 hari aku tinggalkan semua kenangan di KLIA.Kini selepas hampir 2 tahun aku kembali ke KLIA.Banyak betul yabg berubah.Ya,muka bumi KLIA sama sekali tidak pernah berubah..tapi warganya,sudah ada perubahan.Aku pernah berkata bahawa aku tidak mungkin kembali ke KLIA,nyata sekali aku silap.Sebenarnya aku dah ditakdirkan dan ianya mungkin sudah ditulis yang KLIA adalah tempat untuk aku menghabiskan sisa hidup aku.Sisa hidup untuk meneruskan hidup.Banyak yang aku belajar selama 2 tahun aku meninggalkan KLIA.Biarlah ianya menjadi pelajaran yang cukup berguna untuk aku meneruskan hidup dengan lebih kuat dan bersedia dengan segala cabaran dan rintangan yang hebat.Kepulangan aku ke KLIA mungkin tidak disenangi oleh segelintir atau lebih tepat ada yang memandang rendah seperti pulangnya seorang banduan kepangkuan masyarakat.Dosa aku adalah dosa aku,dari dosa ini mengingatkan agar yang lain melakukan "dosa" ini.Tiada seorang pun yang nak rasa kesusahan serta kejatuhan di dalam hidup mereka.Tetapi kejatuhan,kesusahan yang kita peroleh hari ini adalah peringatan dan pelajaran yang amat berharga diberikan pada kita.Disaat inilah kita merasakan bahawa Allah itu dekat dan sayang akan kita,atau aku lebih tepat lagi.Aku tak perlu bercakap mengenai mereka yang sudah berubah kerana kita manusia biasa yang punya hati dan hati ini bisa buat kita berubah.Ini kisah aku,aku yang berubah bukan orang lain.Namun,aku bersyukur masih ada tempat walaupun ianya di bawah basement parking yang panas tapi sekurang-kurangnya aku tidak dihalau ibarat anjing kurap oleh rakan-rakan aku di KLIA.Sungguh mulia hati mereka.Allah sahaja yang tahu betapa aku bersyukur.Aku kembali di KLIA pada 28hb Julai 2011.Tidak semua yang gembira atau menyambut sirih pulang.Aku ibarat dagang pak malau yang dagangnya merempat di tempat orang.Namun,berilah aku ruang untuk berkongsi merasai rezeki yang Allah taburkan di muka buminya ini.Rezeki ini untuk dikongsi bersama.Hari ini hari aku berada di tapak kaki anda tetapi besok kita tifak tahu di mana kita akan berada pula.Aku cuma ingin teruskan hidup kerana mati belum mahu menjemputku,belum Allah kehendaki.Selagi ianya belum menjemput aku selagi itu aku harus teruskan hidup aku.Sama-sama kita nikmati kurniaan Allah ini.

No comments:

Post a Comment