Salam sejahtera buat semua semoga Allah mencucuri rahmat serta hidayah pada kita semua. Dah dekat 2 bulan aku datang ke KLIA utk cari makan. Mula2 dulu datang ke KLIA ingat nak join kawan buat business sama2 tapi mungkin rezeki aku bukan kat situ. Ada hidayah dan sebabnya. Masalah datang dan pergi tapi macam mana kita nak atasi itu perlu difikirkan.
Kali ni bukan aku nak citer apa masalah yang aku hadapi semasa nak join business dgn kawan baik aku ini..tapi aku nak kongsi cerita bagaimana Allah itu mendengar setiap doa kita. Anggaplah segala masalah adalah ujian daripada Allah. Masa aku datang balik ke KLIA,Alhamdulillah business dan sales memang meletop2,al maklum ler nak dekat raya ramai orang Malaysia balik nak beraya nak pakai kereta. Ya Allah memang mencurah2 rezeki masuk,hari2 ada saja duit dapat. selepas sebulan ada masalah. Pendek kata aku tarik diri dari partnership ni. Gaji bulan terus tak ada lepas tu. Bayangkan macam mana nak hidup. Minyak kereta nak bayar,nak makan lagi itu belum pikir bayaran bulanan untuk benda2 lain. Dengan siapa kita nak minta duit. Nak pinjam dari orang itu dah kira berhutang,nanti tak bayar mati belum aman dalam kubur. Masa tu memang aku buntu sangat2,mana nak cari duit nak makan. Nak balik jumpa mak bapak pun segan pasal duit tak ada. Tahu jer lah lepas raya ni duit habis. nak pergi beraya rumah kawan2,saudara mara pun malu sebab biasa kurang2 RM5 mesti ada ang pau siap untuk anak2 mereka. Aku terus buntu macam mana nak cari duit. Satu hari aku terpandang Al Quran yang aku bawa sekali dari rumah aku ke rumah sewa aku ni. Dah lama aku tak baca Al Quran ni. Setiap kali aku baca Al Quran ni adalah selepas solat Maghrib atau Subuh. Dah lama tak baca bermakna dah lama la tak solat. Aku ingat lepas aku melalui zaman kejatuhan dari kemewahan dulu aku tak tinggal solat sebab solat sahaja yang dapat menenangkan jiwa.
Bukanlah aku nak menunjuk nunjuk ibadah yang aku buat tapi aku hanya nak berkongsi 'keajaiban' yang berlaku apabila kita ingat Allah ketika kita hadapi masalah. Dalam 2 minggu lepas raya aku terus tak ada duit. Nak makan pun tak ada duit. Jadi aku minta dengan Allah. Minta dengan Allah tak cukup dengan berdoa. Allah tak layan 'sms2' kita tu...kalau kita nak jumpa menteri nak minta bantuan pun kita kena ambil cuti buat appointment lagi,tak cukup ajer dengan surat rayuan. Tapi dengan Allah untuk berhubung dengan Allah adalah melalui solat. ketika solat, kita berdoa pada Allah minta apa sahaja yang kita hajati tetapi hendaklah kita yakin dan terus meminta kerana bukan mudah untuk Allah cop 'approve' pada application letter kita tu. Selepas ibadah itu dijaga,aku datang ke KLIA,tempat aku mencari rezeki. Memang ada orang2 yang kurang senang. Tapi aku yakin rezeki itu Allah turunkan untuk semua umatnya dan haruslah dikongsi bersama. Alhamdulillah,aku tak tahu dari mana sumber tiba2 rezeki datang mencurah2. Masa tu rasa nak balik KL jer jumpa mak nak hantar duit. MasyaAllah dasyat sungguh kuasa Allah. Yakin. Allah pernah berfirman bahawa doa orang teraniaya selalu makbul tapi aku yakin ini semua kerana ibadah yang dijaga.
Jadi, kesimpulan disini..usaha yang bersungguh-sungguh,kerja kuat sahaja tidak cukup..tapi ibadah terutama solat perlu lah dijaga. Kerana Allah sentiasa mendengar,kerana Allah Maha Berkuasa. Kita kaya bukan kerana kita hebat,kita bijak bukan kerana kita ke universiti...tetapi kita ditakdirkan jadi seseorang adalah kerana takdir Allah. Jangan pernah engeluh kenapa kita jadi macam ni macam tu. Kalau kita fikri kita ini kaya,fikirlah ada orang yang lebih kaya dari kita. Kalau kita fikir kita susah ada orang yang lagi susah dari kita. Bersyukur dan redha akan apa yang kita perolehi kerana Allah dah tentukan had2 untuk kita. setiap masalah yang kita dapat datangnya dari Allah kerana Allah ingin menguji kita sejauh mana kita mengingatiNya. Jangan berhenti mengharap dari Allah kerana Allah tidak pernah membezakan umat2nya. Mungkin kita tidak kaya di dunia tetapi kita terlepas dari azab akhirat kelak dan kaya di syurga Allah. Sekali lagi diingatkan,bukan lah aku nak jadi ustaz atau menunjuk nunjuk tetapi ambillah secara positif kata2 aku ini. Andai kata satu hari nanti aku hanyut kembali,sebutkanlah kata2 yang aku tuliskan ni semula agar menjadi peringatan pada diri ku. Ingat sebesar mana dosa yang kita lakukan, Allah sentiasa ampunkan. Lebih besar dosa kita lakukan lebih besar pengampunan yang Allah sediakan untuk kita.
Wasalam....