EPL untuk musim akan datang bakal bermula apabila semua pasukan dan membuat pembelian pemain serta membuat beberapa perlawanan pra musim.Tak ketinggalan pasukan kesayangan ramai Manchester United.Satu pasukan paling hebat dalam sukan bola sepak.Di Malaysia,pasukan ini ternyata menjadi pilihan utama bagi peminat bola sepak di Malaysia termasuk aku.Dulu aku tak berapa amik kisah sangat pasal EPL cuma memang meminati dan mengetahui serba sedikit mengenainya sebab abang2 aku semua kaki bola.Aku lebih kenal EPL dan liga-liga lain bila mula pasang ASTRO di rumah pada tahun 1998 masa tu siaran bola belum banyak sangat.Masa tu kita masih lagi dapat tengok bola dari siaran TV3 dan TV kerajaan.
Pengetahuan pasal bola menjadi lebih mendalam bila get involved dengan futsal dan kawan kebetulan kawan serumah dan kawan baik juga peminat MU.Masa ni dah kerja,duit pun dah ada lagi giler lah berbelanja untuk MU.Dulu nak jersi pun abang yang belikan itupun jersi siam mari..hehehe.Bila dengar MU nak datang lagi memang excited giler sebab masa tu nak tengok sangat rupa,fizikal Ronaldo..dulu masa 8 tahun lepas diorang datang excited nak tgk Beckham.So sebab dah excited tu pun aku beli lah tiket yang paling mahal dengan harapan dapat tengok dengan dekat diorang ni.Bukan sahaja Ronaldo,malah satu team tu aku nak tgk sebab team yang ada adalah satu generasi pemain MU yang baru.Lain dari 8 tahun dulu kecuali Giggs dan kuda2 tua yang masih hebat tu.You know who..?
So aku ada attach beberapa keping gambar masa aku pergi tonton training dan games MU vs Malaysia XI.Ini lah sudut pandangan tiket yang berharga RM308 yang aku rasa mula2 tak berbaloi sebab Ronaldo dah takde tapi apabila tengok pada games dan crowd yang datang memang puas hati sebab rasa macam kat Old Trafford tu.Tiket2 grandstand sudah dikhaskan kepada kerabat2 (you know who)yang tak tahu pasal bola,datang stadium pun siap pakai macam nak pergi dinner masing2..bukan sikit satu rombongan istana turun.Dah lah tu tgk free,datang sekadar nak glamour aje.Ni yang susah sistem beraja ni.What to do..we have a lot of royal family in malaysia.Anyway ampun tuanku...
Match Day 18th July 2009 @ Saturday @ 1730 hrs